KUALA LUMPUR 2 Sept. – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menolak cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk menaikkan umur persaraan dari 60 ke 65 tahun. Ketua Armada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, perbandingan dengan negara maju tidak tepat berikutan kadar pengangguran adalah berbeza. “Kadar pengangguran belia Jepun hanya 3.4 peratus diikuti Singapura (5.9 peratus) dan Jerman (6.2 peratus). Di Malaysia ada 500,000 anak…










