SHAH ALAM – Seorang lelaki rentung, manakala dua rakannya parah apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki merempuh belakang sebuah lori sebelum terbakar ketika sekatan jalan raya di Persiaran Setia Alam di sini tengah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu, mangsa yang rentung dikenali sebagai M. Prem, 31, yang juga penumpang hadapan SUV terbabit. Manakala dua yang parah adalah pasangan adik-beradik, T. Shatish, 27, yang juga…










