MILAN 29 Sept. – Penyerang Inter Milan, Alexis Sanchez semakin hampir memperoleh sentuhan berbisanya apabila membantu kelab berkenaan mendapatkan gol namun sayangnya dia diarah keluar padang sebelum tamat perlawanan. Itu juga adalah gol pertama Sanchez bersama kelab Itali berkenaan yang menyaksikan Inter Milan meraih kemenangan 3-1 menewaskan Sampdoria dalam aksi Serie A, awal pagi tadi. Bagaimanapun, Sanchez diarah keluar padang pada minit ke-46 berikutan mendapat kad kuning kedua selepas pengadil…










