PONTIAN 29 Sept. – Kerajaan Persekutuan sudah meluluskan 17 projek kemudahan dan infrastruktur di Parlimen Tanjung Piai melibatkan peruntukan RM14.75 juta pada bulan lalu. Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, semua projek tersebut adalah untuk kepentingan awam atas inisiatif bekas Ahli Parlimennya, Allahyarham Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik. “Selepas Pilihan Raya Umum ke-14, Allahyarham Datuk Dr. Md. Farid membawa banyak projek pembangunan termasuk yang terawal dilakukan menaik taraf…










