KUALA LUMPUR 23 Sept. – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini, berikutan kekurangan minat belian. Pada 9.09 pagi, ringgit berada pada 4.1720/1770 berbanding dolar AS daripada 4.1680/1720 semasa ditutup pada Jumaat. Peniaga berkata permintaan terhadap dolar AS dijangka kekal dalam tempoh jangka pendek berikutan pasaran kewangan terus memberi tumpuan kepada risiko geopolitik. Dalam beberapa minggu ini, mata wang Amerika Syarikat itu menyaksikan spekulator besar dan dana lindung nilai…










