KUALA LUMPUR 21 Sept. – Selepas kira-kira dua minggu diselubungi jerebu, rakyat negara ini dijangka berdepan dengan fenomena ribut dan banjir kilat sebaik sahaja keadaan udara mula pulih ekoran pertukaran monsun. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya menjangkakan jerebu akan bertambah baik pada minggu depan hingga awal November namun memberi amaran kejadian ribut dan banjir sepanjang tempoh berkenaan. Ketua Pengarah (MetMalaysia) Jailan Simon berkata dalam tempoh itu, kawasan serantau negara akan…










