MORIA 2 Sept. – Pihak berkuasa Greece dan pekerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membawa keluar ratusan migran yang berada dalam kesesakan dan kepanasan di Pulau Lesbos, Greece hari ini. Kumpulan pertama melibatkan 635 warga Afghanistan di Kem Moria dipindahkan ke arah utara Greece menggunakan bas polis dibawah penyeliaan kakitangan agensi pelarian PBB. Selain itu, 700 lagi migran akan dipindahkan lewat hari ini selepas keputusan dibuat kerajaan Greece dalam mesyuarat kecemasan…










