KLANG – Ramai rakyat Sabah didakwa dinafikan mendapatkan kad pengenalan walaupun mempunyai sijil kelahiran yang sah. Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Kebajikan Muafakat Terbilang Malaysia (Mualang Malaysia), Arfa Bancho berkata, situasi itu telah menyukarkan mereka hingga berdepan pelbagai masalah seperti pendidikan, pekerjaan dan perkahwinan. Dakwanya, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah didapati memberikan pelbagai alasan remeh walaupun lulus ujian kerakyatan. “Ada di antara mangsa diminta membayar RM500 hingga RM1,000 bagi tujuan pemprosesan kad…










