KUALA LUMPUR 4 Sept. – Seramai 445,641 calon mendaftar untuk menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini di 8,076 pusat peperiksaan di seluruh negara. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malek telah melakukan tinjauan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1) sambil turut menasihati para ibu bapa agar tidak memberi tekanan kepada anak mereka.










