KEMAMAN 28 Sept. – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merekodkan 4.2 juta pemilik akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) telah dibuka melibatkan keseluruhan deposit berjumlah RM5 bilion sehingga 31 Julai lalu sejak mula diperkenalkan pada 2004. Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, daripada jumlah itu, sejumlah 219,034 akaun SSPN telah dibuka dengan deposit berjumlah RM97.67 juta di Terengganu. Bagaimanapun katanya, masyarakat sering beranggapan bahawa bagi mereka, menabung untuk…










