MEMUPUK semangat patriotisme, perpaduan dan pemerkasaan belia di negara ini merupakan salah satu tujuan kempen Unity Ribbon 2.0. Ia dianjurkan oleh badan bukan kerajaan iaitu Projek57. “Maka kami, rakyat Malaysia” menjadi pilihan slogan sempena sambutan ulang tahun Kemerdekaan ke-62 dan Hari Malaysia kali ini. Kempen tersebut yang dijalankan oleh syarikat sosial berpacukan perpaduan Projek57 turut mengadakan sesi dialog bagi mengupas prinsip asasnya dengan kerjasama Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan organisasi…










