ABU Hasan `Ali al-Nadwi, seorang ulama hebat bukan berbangsa Arab pernah mengkritik dunia Arab dalam bukunya ‘Apakah kerugian yang dialami oleh dunia disebabkan kejatuhan orang Islam’. Beliau secara sinis menyatakan: “Sepatutnya dunia Arab sebagai dunia Islam mampu memiliki sendiri dan menguasai dunia perniagaan, hartanah, pendidikan dan industri. Bangsa ini sepatutnya tidak boleh memakai melainkan apa yang tumbuh di buminya dan ditenun dengan tangannya. Sesungguhnya dunia Arab sepatutnya mampu untuk memerangi…










