JOHOR BAHRU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Elaun Khas Marin sebanyak RM500 kepada pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin (PPM). Komander PPM Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Mamat berkata, permohonan berkenaan dilakukan berikutan pasukan itu masih belum menerima apa-apa elaun khas sepanjang penubuhannya sejak 72 tahun lalu. Menurutnya, permohonan elaun khas ini sudah diperingkat akhir dan pucuk pimpinan PDRM bersetuju bagaimanapun masih menunggu kerajaan…










