DUNGUN – Hasrat seorang remaja dipercayai penagih dadah untuk melarikan tabung kutipan derma milik sebuah masjid di Paka dekat sini yang dicurinya semalam tidak kesampaian apabila dia diberkas polis. Remaja lelaki berusia 17 tahun tersebut ditahan di pekarangan masjid berkenaan oleh sepasukan polis yang sedang mengadakan rondaan pada pukul 2 pagi. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sepasukan polis dari Balai Polis Paka dekat sini yang sedang melakukan…










