Polis Los Angeles mahu tingkat kawalan angkara filem Joker - Utusan Malaysia

Polis Los Angeles mahu tingkat kawalan angkara filem Joker

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES – Jabatan Polis Los Angeles kelmarin menyatakan rancangan untuk menambah anggota di sekitar pawagam-pawagam pada pembukaan tayangan filem ‘Joker’ susulan peningkatan rasa takut mengenai kandungan filem tersebut.

Jurucakap polis, Rosie Cervantes memberitahu agensi berita AFP bahawa walaupun tiada ancaman sebenar di kawasan Los Angeles, pihaknya akan mengekalkan tahap tinggi keberadaan mereka di sekitar pawagam apabila filem itu mula ditayangkan pada minggu depan.

“Kami menggalakkan semua orang untuk keluar dan menikmati aktiviti santai pada hujung ming­gu yang ditawarkan di bandar ini, bagaimanapun, penduduk Los Angeles perlu berjaga-jaga dan peka dengan keadaan sekeliling,” kata Cervantes.

“Seperti biasa, sekiranya anda melihat sesuatu, maklumkan kepada kami,” tambahnya.

Filem terbitan Warner Bros. itu berkisar mengenai watak penjahat sebagai seorang wira, lakonan Joaquin Phoenix, dan segelintir pengkritik menyatakan filem itu boleh mencetuskan keganasan.

Joker akan ditayangkan tujuh tahun selepas 12 orang terbunuh di Aurora, Colorado apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ketika tayangan filem Batman, The Dark Knight Rises. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×