LEICESTER – Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino mengakui keputusan Video Bantuan Pengadil (VAR) merupakan antara faktor kekalahan mereka ketika menentang Leicester City pada aksi Liga Perdana England (EPL) di Stadium King Power malam kelmarin. Pada perlawanan itu, Leicester yang beraksi sebagai tuan rumah mencatat kemenangan 2-1 hasil jaringan Ricardo Pereira dan James Maddison meskipun mereka terlebih dahulu ketinggalan 0-1 menerusi gol Harry Kane. Terdahulu, Spurs berpeluang untuk mendahului perlawanan 2-0…










