KABUL – Kumpulan pemberontak berusaha untuk menjejaskan pilihan raya Presiden di Afghanistan semalam dengan sejumlah siri letupan yang dilaporkan berlaku di seluruh negara semasa pengundi menuju ke pusat-pusat pengundian dengan tentera mengawasi jalan-jalan raya di ibu kota. Undian itu adalah kemuncak kepada kempen pilihan raya yang dicemari insiden berdarah, menyaksikan saingan sengit antara Presiden Ashraf Ghani dan pencabarnya, Abdullah Abdullah yang merupakan ketua eksekutif negara tersebut. Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan…










