IPOH 22 Sept. – Juara bertahan, Perak mengalahkan Selangor 1-0 dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Perak di sini hari. Skuad bimbingan Mehmed Durakovic sekadar meraih satu gol dalam aksi di laman sendiri menerusi jaringan Brendan Gan pada minit ke-13. Brendan, yang beraksi bersama pasukan kebangsaan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 baru-baru ini, meledak jaringan tunggal perlawanan menerusi rembatan deras dari luar kawasan penalti.…










