KUALA TERENGGANU – Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) lega berjaya membawa pulang bekalan berharga selepas menewaskan Terengganu Football Club I (TFC I) 1-0 pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia malam tadi. Pengendali JDT, Benjamin Mora berkata, kemenangan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini itu merupakan hasil kerjasama berpasukan anak buahnya. “Saya berpuas hati dengan pemain-pemain (JDT) yang telah memberi persembahan mengagumkan pada aksi malam ini…









