RANTAU PANJANG – Sebanyak 43 kes penyeludupan membabitkan rampasan berjumlah RM774,537.13 berjaya dipatahkan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan sepanjang dua minggu penugasan Op Wawasan. Pegawai Pemerintah Superintendan Azhari Nusi berkata, jumlah itu membabitkan rampasan dadah, tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI), beras, mercun dan barangan kontraban. Menurutnya, selain itu lembu, kambing, anak pokok kelapa dan sabut kelapa turut dirampas sepanjang 14 hari penugasan di Op Wawasan bermula…










