KANGAR 30 Sept. – Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli yang rebah ketika berucap pada ceramah muafakat Pas-UMNO di Dewan 2020 di sini, malam tadi dilaporkan stabil dan kini sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini. Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Russele Eizan berkata, Mohd. Shukri sudah memberi reaksi dan telah menjalani pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan). Sehubungan itu, beliau meminta seluruh rakyat agar sama-sama berdoa…










