IPOH 28 Sept. – Seorang pesara polis maut setelah terjatuh daripada motosikal yang ditunggangnya dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Jelapang-Lebuh Meru Raya semalam. Kemalangan berlaku kira-kira pukul 10 malam itu menyebabkan Zamri Abu Hassan, 60, yang menunggang motosikal jenis Kawasaki, meninggal dunia di tempat kejadian. Seorang wanita berusia 39 tahun yang memandu trak pikap jenis Mitsubishi Triton pula tidak cedera manakala seorang lagi penunggang motosikal iaitu remaja lelaki…










