PONTIAN 29 Sept. – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan peluang Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk menang pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai adalah seimbang. Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, ini kerana kerajaan PH dilarang menggunakan jentera kerajaan termasuk dana bagi membantu calon mereka bertanding seperti tiga PRK sebelum ini. Malah katanya, kerajaan Pakatan PH tidak boleh menggunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya berpihak kepada mereka sepertimana…










