SAYA baru sahaja mendirikan rumah tangga dua bulan lepas. Kami tidak mengamalkan mana-mana kaedah perancang keluarga. Kami berdua telah bersedia untuk menimbang cahaya mata. Mohon doktor berikan penjelasan tentang persediaan yang perlu kami lakukan sebelum seseorang wanita itu hamil. – MARIA, Johor Jawapan Diet Pengambilan sayur-sayuran hijau yang tinggi asid folik amat digalakkan. Setiap wanita dicadangkan mengambil suplemen asid folik sebanyak 0.5 miligram sehari selama beberapa bulan sebelum mengandung untuk…










