KUALA LUMPUR 22 Sept. – Penduduk di Desa Pulau Mentaro, Kabupaten Muaro Jambi, Jambi Indonesia terkejut berikutan langit di kawasan mereka bertukar menjadi kemerahan ekoran kebakaran hutan di sekitar kawasan itu. Perubahan langit itu berlaku kira-kira pukul 10.42 hingga 2 petang semalam menyebabkan penduduk terkejut dengan suasana tersebut. Seorang penduduk dikenali sebagai Mardiana berkata, dia mendapat kiriman video daripada sepupunya yang memuat naik video dalam laman sosial keadaan langit bertukar…









