LONDON 23 Sept. – Jurgen Klopp percaya Liverpool laparkan kejayaan menjadi pemangkin kepada kejayaan The Reds menewaskan Chelsea 2-1 sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah dalam perebutan Liga Perdana Inggeris (EPL). Skuad kendalian Klopp mencatat 18 mata maksimum membuka tirai musim ini dan berkelebihan lima mata mengatasi pencabar terdekat, Manchester City. Dua gol Liverpool dijaringkan Trent Alexander-Arnold dan Roberto Firmino sebelum The Blues cuba merapatkan kedudukan menerusi jaringan N’Golo Kante.…










