Pelumba wanita curi tumpuan - Utusan Malaysia

Pelumba wanita curi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LE CASTELLET, Perancis 23 Sept. – Enam wanita daripada sejumlah 168 pelumba yang menyertai Perlumbaan Ketahanan 24 Jam Dunia (EWC) Bol d’Or di Litar Paul Richard, berjaya mencuri tumpuan pada perlumbaan edisi ke-83, tahun ini.

Salah seorang daripada pelumba tersebut, pelumba dari Jerman Lucy Glockner yang menggunakan jentera oleh Gd Yuasa.

Glokner mula dikenali ketika persaingan bersama Honda Endurance Racing di akhir perlumbaan Bol d’Or 2017, sebelum menamatkan perlumbaan dengan kedudukan podium.

Pada perlumbaan tahun ini beliau bersama rakan sepasukan Stefan Kerschbaumer dan Pepijn Bijsterbosch menggunakan BMW#56 sedang mempertahankan kedudukan tempat ke-lima mereka, dalam kelas Superstock.

Selain Glockner, pasukan The Girls Racing Team, menampilkan pelumba daripada pelbagai negara iaitu, Melissa Paris dari Amerika Syarikat, Melodie Coignard (Perancis) dan Jolanda Van Westrenen (Belanda).

Dua lagi pelumba wanita, Amandine Creusot dan Margaux Wanham juga dari Perancis masing-masing berlumba dalam pasukan 202 French Police dan Seigneur Motorsport Racing.

Sementara itu Ketua Eurosports Events Francois Ribeiro berkata, sebahagian daripada pelumba wanita berkenaan akan berlumba pada perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang pada Disember.

“Saya pasti, sebahagian daripada mereka akan ada di Sepang, namun saya tidak pasti berapa ramai. Ada antara mereka merupakan anggota pasukan yang menyertai keseluruhan perlumbaan kejohanan.

“Harapannya dengan kehadiran pelumba wanita tersebut, ia akan menarik lebih ramai penonton untuk datang dan menyaksikan bagaimana mereka bersaing dengan pelumba lelaki dalam perlumbaan ketahanan di Sepang 8 Jam,” katanya.

Litar Antarabangsa Sepang akan menjadi tuan rumah kepada edisi pertama Perlumbaan Sepang 8 Jam, ketika acara perlumbaan baharu untuk motosikal dan kereta yang akan mencatatkan sejarah baharu permotoran Asia.

Berlangsung pada 14 dan 15 Dis Perlumbaan Sepang 8 Jam, akan turut menjadi sesi kelayakan untuk perlumbaan akhir Suzuka 8 Jam 2020.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×