JAKARTA 23 Sept. – Ribuan pelajar berhimpun di seluruh negara bagi membantah undang-undang baharu yang mengharamkan hubungan seks bebas dan perkahwinan sesama jantina. Lapor Reuters, terdapat penunjuk perasaan yang bertindak memanjat pagar Parlimen untuk menggantung sepanduk. Jumaat lalu, Presiden Joko Widodo atau Jokowi mengarahkan penangguhan rang undang-undang itu dan menyatakan 14 artikel perlu diteliti sebelum dibincangkan di Parlimen pada bulan hadapan. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya