SEBERANG PERAI – Seorang pegawai bank wanita di Kepala Batas di sini kerugian wang sebanyak RM12,850 selepas dipercayai ditipu sindiket African Scam baru-baru ini. Mangsa berusia 31 tahun itu terjerat dalam sindiket berkenaan selepas berkenalan dengan individu yang mendakwa dirinya seorang juruterbang warga Malaysia yang bekerja di Poland menerusia laman sosial Facebook sejak awal bulan ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa yang…










