KUALA LUMPUR 2 Sept. – Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt 850-6) yang bertugas di Lebanon selamat berikutan serangan balas antara tentera Israel dengan Hezbollah yang berlaku semalam. Menurut kenyataan Bahagian Hal Ehwal Awam, Markas Angkatan Tentera Malaysia, kejadian itu berlaku pukul 4 petang melibatkan serangan balas roket dan artileri antara tentera Israel dengan Hezbollah. Kata kenyataan itu, ia hanya memberi kesan kepada petugas Pasukan Interim Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL) yang…










