ALOR GAJAH 22 Sept. – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) sedang berusaha memperkenalkan rangkaian pasaraya TEKUN Mall bagi membantu usahawan mikro di negara ini agar tidak ketinggalan dari arus pembangunan. Pengerusi TEKUN Nasional, Datuk Sri Muhammad Suparadi Md. Noor berkata, sudah tiba masanya bagi agensi kerajaan itu melakukan penambah baikan, bukan hanya sekadar memberi pinjaman modal kepada usahawan mikro sebaliknya turut sama terlibat memantau serta membantu mereka (usahawan…









