PASIR PUTEH 29 Sept. – Daud Alias, 73, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Gong Garu, dekat sini, ditemukan dalam keadaan selamat Jumaat lepas. Isterinya, Anisah Awang, 64, berkata, suaminya ditemukan seorang pemikat burung di sebuah kebun di kampung berkenaan dua hari selepas berita kehilangannya disiarkan Utusan Online yang turut disebarkan ke pelbagai media sosial. “Pemikat burung itu menghantar suami saya ke rumah. Kami amat gembira dengan…










