KUALA LUMPUR 23 Sept. – Nestle (Malaysia) Bhd akan memulakan penggunaan penyedut minuman (straw) kertas yang disertakan bersama pek minuman Milo UHT 125 mililiter (ml) keluarannya pada suku keempat tahun ini. Langkah itu tidak hanya dapat mengelak penggunaan 40 juta straw plastik setahun, malah turut menjadikannya syarikat minuman dan makanan pertama di Malaysia yang menggunakan straw kertas bagi pek minuman. Syarikat itu juga merancang untuk menggunakan straw kertas bagi varian…










