Nelayan warga Myanmar dikhuatiri lemas - Utusan Malaysia

Nelayan warga Myanmar dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 5 Sept. – Seorang nelayan warga Myanmar dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut berhampiran Padang Kota Lama di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa berusia 31 tahun dikenali sebagai Bakar terjatuh ke dalam laut selepas bot dinaikinya terbalik.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9 pagi hari ini.

“Bot nelayan yang dinaiki nelayan berkenaan telah melanggar sebuah boya di perairan ini.

“Bot itu telah terbalik sehingga menyebabkan mangsa hilang, manakala tiga lagi nelayan lain berjaya menyelamatkan diri,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap JBPM berkata, operasi mencari dan meyelamat (SAR) sedang dilakukan pihaknya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×