PORT DICKSON – Kerajaan Negeri Sembilan menyasarkan seramai 8.6 juta pelancong berkunjung ke negeri ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, promosi bagi menggalakkan kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara ke Negeri Sembilan sedang giat dilakukan. “Pada tahun lalu seramai 7.8 juta pelancong melawat negeri ini dengan 6.075 juta daripadanya merupakan pelancong domestik, manakala 1.76 juta pelancong asing. “Pelancongan merupakan industri penting yang…










