TEHERAN 21 Sept. – Pengawal Revolusi Iran hari ini melaungkan amaran mana-mana negara yang menyerang Iran akan menjadi medan perang utama, selepas Washington mengarahkan penghantaran tentera ke rantau Teluk berikutan serangan ke atas kemudahan minyak Arab Saudi, baru-baru ini. Ketegangan di Teluk antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) meningkat selepas loji pemprosesan dan lapangan minyak gergasi minyak Arab Saudi, Aramco diserang sekali gus menjejaskan pengeluaran minyak Riyadh. Pemberontak Houthi di…









