BERSATU dengan alam sewaktu melakukan aktiviti lasak adalah ‘syurga’ buat dirinya. Bermain dengan selut dan berkubang berjam-jam lamanya di lopak air juga bukan satu masalah besar buat gadis ini. Semua itu dilakukan dengan rela hati buat personaliti Gadis Panca AGAPE 2019 minggu ini, Natasha Azman. Dia langsung tidak kisah dalam keadaan kotor sepanjang berada dalam hutan. Bagi anak jati ibu kota, itulah masa paling sesuai buatnya untuk menikmati alam…









