ARAU 22 Sept. – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) tidak menerima sebarang aduan rasmi mengenai kelewatan bekalan baja sampai kepada pesawah di Kedah setakat ini. Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi berkata, isu itu sekadar ‘hearsay’ (cakap-cakap) kerana pihaknya tidak mendapat maklumat tepat membuktikan pesawah di negeri itu lewat menerima baja untuk penanaman padi mereka. “…’hearsay’ sana sini. Bila kita rujuk sana sini tak ada maklumat tepat, hanya…









