KUANTAN 21 Sept. – Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) menyediakan pinjaman mudah kepada mana-mana pihak yang berminat mengusahakan penanaman buluh. Ketua Pengarahnya, Mohd. Kheiruddin Mohd. Rani berkata, MTIB telah diarahkan oleh Kementerian Industri Utama untuk mencari sumber baharu sebagai bahan mentah dalam industri perkayuan negara. “Dalam aspek itu, kementerian memberikan penekanan kepada industri buluh, jadi MTIB menyediakan pinjaman mudah kepada sesiapa yang berminat menanam buluh. “MTIB akan mencari pelabur asing…










