KUALA LUMPUR 4 Sept. – Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) boleh berdepan hukuman penggantungan daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) andai masih gagal mendapatkan penyelesaian berhubung kemelut yang dihadapi ketika ini. Itu amaran keras daripada PPS berhubung tindakan yang boleh dikenakan seperti terkandung dalam Seksyen 20(1A) Akta Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018. Ketika ini MPM masih bergelut dengan kemelut pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang belum selesai sejak 29 Jun lalu. Ketua Penolong…










