BARU-BARU ini saya ada ke pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kluang, Johor untuk memohon Bantuan Rebat Bil Elektrik Percuma RM40 seperti yang diuar-uarkan bagi membantu rakyat susah. Semakan awal mendapati saya layak mendapatkan rebat tersebut tetapi perlu mendaftar program e-Kasih di Majlis Perbandaran Kluang (MPK) terlebih dahulu. Bagaimanapun apabila saya cuba mendaftar program e-Kasih di MPK, mereka menyatakan bahawa saya tidak layak untuk menyertai program tersebut hanya kerana saya menyewa…










