KAHERAH 21 Sept. – Beribu-ribu penunjuk perasaan prodemokrasi melakukan bantahan dengan berarak di bandar-bandar di Mesir semalam bagi menuntut Presiden Abdel Fattah al-Sisi meletak jawatan. Portal Al-Jazeera melaporkan, beberapa video yang disiarkan dalam laman media sosial menunjukkan penunjuk perasaan melaungkan kata-kata semangat seperti ‘bangkit, jangan takut! Abdel Fattah perlu letak jawatan’ selain rakyat menuntut kejatuhan pemerintahan Presiden itu. Bantahan itu berlaku di ibu kota Kaherah, bandar kedua terbesar di Iskandariah…









