SAYA adalah antara penduduk Kampung Tersusun Sentang, Batu Gajah, Perak dan kawasan sekitarnya ingin mengadukan isu bau busuk yang tidak menyenangkan melanda kampung kami. Buka saja pintu dan tingkap, sedut udara busuk. Kami sangat yakin bau itu datang daripada ladang ternakan babi di atas bukit bersebelahan kampung. Penternak babi ini mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit, tapi yang mendapat bahananya seluruh kampung. Mereka langsung tidak memikirkan orang yang tinggal di sekitar kawasan…










