MELAKA 22 Sept. – Kerajaan negeri Melaka akan mengadakan pertemuan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) esok bagi membincangkan mengenai perancangan pembangunan infrastruktur air pada masa hadapan. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, ia merupakan antara langkah yang diambil pihak kerajaan negeri dalam memastikan masalah gangguan bekalan air bagi menampung keperluan penduduk tidak berulang di negeri itu. “Kita akan melihat apa tindakan yang boleh diambil menerusi perancangan membangunkan infrastruktur air tersebut…









