SERDANG 30 Sept. – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan masalah bekalan benih padi akan selesai minggu ini, kata Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan. Beliau berkata, bekalan benih padi yang diperlukan negara iaitu kira-kira 72,000 metrik tan setahun sebenarnya mencukupi, cuma masalah timbul apabila ada syarikat pembekal gagal membekalkan benih padi antaranya kerana menghadapi masalah penyimpanan. Menurutnya, kementerian telah berhubung dengan Kementerian Kewangan bagi mendapatkan kelulusan…










