AMALAN pengambilan makanan yang sihat dapat membantu mencegah seseorang daripada mengalami masalah kesihatan pada usia muda. Pelbagai makanan yang sihat boleh diambil dan antaranya adalah salad sayur-sayuran atau ulam-ulaman. Mantan Saintis Prinsipal, Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Suri Roowi berkata, salad sayur-sayuran atau ulam-ulaman mempunyai nilai dan khasiatnya yang tersendiri. “Ulam-ulaman seperti salad, pegaga, ulam raja, selom, tomato ceri, petai, jering dan sebagainya…










