MALAYSIA kini memburu gelaran ‘juara hatrik’ dalam Kejohanan Golf Senior Amatur Asia Tenggara yang akan berlangsung pada 23-25 September ini di Kelab Golf Glenmarie (GGCC). Kejohanan itu yang memasuki edisi ke-36 bakal disertai 256 pemain dari enam negara Asia iaitu Thailand, Indonesia, Brunei, Singapura, Filipina dan Malaysia sebagai tuan rumah. Menurut Presiden Persatuan Golf Senior Malaysia (SGSM), Datuk Aini Taib, Malaysia dilihat mempunyai peluang cerah untuk menang buat kali ketiga…










