PHNOM PENH – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini tiba di Phnom Penh untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Kemboja. Pesawat khas yang membawa Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada pukul 9.35 pagi waktu tempatan (Kemboja lewat sejam dari waktu Malaysia). Ketibaan beliau disambut Menteri Kanan Kemboja yang bertanggungjawab dalam Misi Khas, Datuk Dr. Othsman Hassan.…









