LONDON 2 Sept. – Ketika pencabar lain terus keciciran mata, Liverpool terus menjarakkan diri dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris yang memasuki minggu keempat saingan minggu ini. Kecuali Manchester City yang paling hampir untuk terus menghambat Liverpool, lain-lain kelab gergasi England makin jauh ditinggalkan dengan Leicester City empat mata di belakang manakala Arsenal lima mata. Selebihnya pasukan seperti Tottenham Hotspur, Manchester United dan Chelsea sudah pun tercicir tujuh mata di belakang…










