SAYA menyokong gesaan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) baru-baru ini supaya kerajaan memasukkan perlindungan terhadap diskriminasi pencari kerja ke dalam Akta Kerja 1955 apabila akta itu dipinda. Pendedahan oleh Suhakam bahawa frasa ‘pencari kerja’ untuk perlindungan diskriminasi dalam draf pindaan Rang Undang-Undang (RUU) akan dimansuhkan memang cukup mengejutkan. Cadangan pemansuhan ini amat mengecewakan kerana tindakan diskriminasi akan terus berlaku. Saya percaya bahawa undang-undang sedia ada boleh dan seharusnya dipinda…










